Kehidupan dan kerjaya Adam_Shah

Adam Shahz dilahirkan dan dibesarkan di Kuala Lumpur.

Beliau memulakan kerjaya lakonan pada 2011 menerusi watak pesalah juvana bernama Ayam dalam siri drama Juvana yang turut dibintangi oleh Zahiril Adzim, Johan As'ari dan Syazwan Zulkifly.

Penampilan filem pertamanya ialah pada 2012 menerusi filem SAM: Saya Amat Mencintaimu arahan Syafiq Yusof lakonan Shaheizy Sam dan Lisa Surihani, yang mana beliau melakonkan watak kecil sebagai lelaki misteri. Beliau mengulangi semula watak Ayam lakonannya dalam tiga siri filem Juvana yang ditayangkan pada 2013, 2015 dan 2016.

Beliau berkahwin dengan pelakon Fatin Afeefa pada 2013 dan dikurniakan dua anak, pasangan ini memfailkan perceraian pada 2017.[2]